Yayasan Tun Hamdan Abdullah (YTHA) ialah yayasan amal yang berdedikasi untuk meningkatkan kehidupan masyarakat dan berusaha untuk memperkasakan individu dan komuniti melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif. Kami percaya bahawa dengan bekerjasama, kami boleh mencipta transformasi sebenar dan memberi impak yang positif.
Inisiatif Kami
Mengubah Kehidupan
YTHA mencapai keputusan yang hebat dengan inisiatif yang di usahakan dan kami berbangga dengan kemajuan yang terus kami capai. Beberapa projek yang telah di usahakan bersama dapat membuat perubahan dalam kehidupan masyarakat yang kami layani, YTHA juga adalah badan perantara strategik dan berkesan yang menghubungkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada Badan Kerajaan, syarikat-syarikat dan entiti korporat dengan keperluan mendesak masyarakat, terutamanya golongan kurang berpendapat, daif, asnaf, dan pelajar tidak berkemampuan.
Penubuhan Yayasan ini didorong oleh visi untuk mewujudkan masyarakat yang saksama, berpendidikan, dan lestari, di mana setiap keluarga menikmati keselesaan asas dan hidup dalam persekitaran yang bebas pencemaran.
.
Melalui syarikat anda dan juga secara individu, anda boleh memilih untuk menyumbang dalam bentuk dana (kewangan) dan/ataupun sumbangan bahan mentah. Hasil sumbangan ini akan disalurkan melalui program-program di bawah program-program yang telah ditetapkan.